Monday, January 17, 2011

First day Di SK Bandar Baru Kuala Selangor

Hari ni aku rasa macam nak pakai colour pink sebab hari aku hari ni di penuhi dengan senyuman yang membuatkan aku jd pink..hehe
Thank God sekolah 2 accept ktorang kalau x dah tak tau mana tuju hala kaki ni nak melangkah. Nak menangis rasa cam orang bodoh pulak. Tak menangis nanti macam takde perasaan pulak. So, kesimpulannya semalam YES 
aku nangis depan kawan -kawan seperjuangan aku tanpa segan silu. Hari ini sinar harapan dah terpancar kat wajah aku awal2 pagi lagi. Kalau nak dibandingkan dengan torchlight..muka aku lagi terang. Macam spotlight kat stadium bola...hahaha
Sampai je sekolah tu awal pagi jumpa PK1, sekejap lepas 2 terus diterima jadi guru platih kat situ. Guru besar dia baik sangat siap belanja minum air kat kantin. Ni baru guru besar macam yang Mr Sadass cakap. Guru besar yang prihatin, sanggup turun padang dan dia ni lah yang betul2 mendapat pancaran 'Sang Suria'. Cikgu2 kat sekolah tu pun baik2 dan ktorang memang rasa accepted dan dapat blend in dengan suasana sekolah 2. Students kat situ comel2 dan peramah. Jumpa cikgu je bagi salam dan bersalam walaupun diorang tak tahu lagi yang ktorang cikgu pelatih kat situ.
Ktorang jalan2 kat sekolah 2 dan siap tolong cikgu kat pusat sumber lagi. Masa kat pusat sumber tu ktorang sempat timba pengalaman melihat camne cikgu handle budak darjah satu yang first time masuk pusat sumber. Siap ada yang menangis sebab takut pusat sumber. Bau yang kurang menyenangkan 2 at least bolah tahan kalau nk dibandingkan dengan 'aura kat sekolah segala macam setan' 2. Meeting merentas desa pun kejap je.. cikgu2 kat situ macam eager nak balik rumah.. memang seronok sebab diorang ni open minded and have fun memgajar. Takde la macam di sebalik tirai besi macam sekolah setan 2. Kesian student sekolah setan 2, terdera mental dan emosi dapat 'bonda' yang garang tak bertempat...

Hari pertama di 'kandang setan'

Pagi tadi bukan main bersemangat lagi bangun pukul 6pagi. Pegi sekolah pukul 6.30 pagi. Sampai kat kandang setan ni ktorang punyala tunggu macam orang bodoh. Pn Setan siap ajak pegi perhimpunan. Pastu ktorang tunggu lg kat pejabat, dia suruh pulak balik universiti ambik surat. Balik lagi ke sekolah 2, ktorang kena tunggu lagi beberapa jam baru nampak batang hidung Pn Setan. Sakit hati betul bila Pn Setan 2 boleh plk cakap yang dia hanya boleh ambik sorang je trainee. Habis ktorang yang lagi 3 yang macam kerbau dalam kandang dari tadi ni, dia nak letak kat mana?? Bodoh macam sial Pn Setan 2. Kalau taknak ambik ktorang semua cakap awal2 kan senang. Ni buat janji jembalang, pastu boleh pulak bagi alasan around the bush. Nk cakap taknak 2, terus terang je la, takla membazir air liur basi dia 2 nak bercakap berbelit macam ular. Kalau nak ikut kan hati aku sumpah 10 keturunan dia takkan dapat kerja. Biar dia keturunan terakhir yang hidup senang....memang bukan pengetua  tapi lebih macam raja setan. Kalau dia masuk neraka aku gelak sampai guling2..Nasib baik jumpa Mr Mus yang semacam malaikat yang dihantar untuk selamat kan ktorang dari setan 2. Rasa nak cincang lumat2 je lidah dia yang konon tokoh cemerlang..go to hell lah dengan title kau tu..ko ingat title tu ko boleh bawak masuk kubur? Ko ingat boleh jadi certificate bila ko di soal dalam kubur. Baik ko ambik certificate tokoh cemerlang tu buat topeng cam ultraman taro ke...macam sinchan ke ..kalau tak buat basuh kencing dan najis ko dalam kubur atau ko buat jadi kain bungkus mayat ko.. Ko memang layak sangat duduk diatas takhta dalam kerajaan NERAKA.

Saturday, January 8, 2011

The love of my life

Inilah buah hati aku. Macam2 masalah sudah kami lalui tapi syukur kasihku pada dia xkan berubah sampai bila2. Dialah nyawaku..dialah kebahagiaanku. Kami kenal pada tahun 2004, masa 2 aku baru masuk sekolah baru. Dia ni memang terkenal dengan kaki perempuan nya...ala2 kasanaova la konon. aku biarkan dia mengejar ku setahun. Macam2 cara dia dah guna sebab nak tackle aku.. hehe..baru dia tahu mcmana rasanya mengejar. Selama ni dia tak penah mengejar sebab dia perasan yg perempuan akan mengejarnya. Setelah setahun dia penat mengejar, akhirnya aku bagi dia peluang untuk menjadi boyfriend secara official..hohohoh. Itupun sebab aku dapat lihat yang dia bersungguh2 nak kenal aku. Katanya akulah perempuan pertama yang dia betul2 telah jatuh hati dan tanpa jemu menunggu....Dan..akhirnya kami bersama sehingga ke hari ini.

Masa aku masuk universiti kat semenanjung Malaysia, dia sanggup berhenti study kat kolej and apply study kat universiti yang sama dengan aku. Aku cukup terharu dia sanggup berkorban sampai begitu.


Dia banyak menceriakan hidup aku. Bila aku sedih dia kan sentiasa ada bersama aku. Aku ingat lagi , dia pernah bagi aku duit Rm10 sedangkan aku tau pd masa 2 itu saja duit yg ada dalam dompetnya. Dia sanggup tipu aku mengatakan dia ada duit lebih...siapa lagi yg boleh menyayangi aku seperti dia sayangkan aku? Aku takkan berjumpa yang lain yang akan sanggup seperti dia....I LOVE U forever
 He is the Love of my life............

keluhan hati

Dah lama aku tak menyumbangkan suara hati aku kat sini. Hidup aku ibarat roda yang selalu berputar. Kadang2 aku kt atas, tp aku lebih banyak kat bawah. Macam ni ke nasib aku pada masa akan datang, x pernah berubah. Orang lain bertuah sebab di lahirkan sempurna..bukan aku x bersyukur dengan apa yang aku ada, tapi aku teringin melihat dunia dengan terang tanpa kacamata. Duniaku terang sampai aku tahun 4, lepas 2, semakin kabur hari demi hari. Macamana kalau tiba2 suatu hari nanti aku dah x boleh lihat keindahan dunia? Kadang2 aku menangis mengenangkan nasib diri,namun aku tau aku x blh berfikir begitu. Masih ramai insan2 lain di luar sana yg bernasib lebih buruk. Aku harus bersyukur dengan apa yang aku ada dan aku akan nikmati selagi Tuhan masih memberi aku ruang untuk bernafas dan menikmati kurnian - Nya.